Assalamualaikum and annyeong-haseyo~!
Yo. Nampak tajuk tu. Apa? Tak nampak? Sila ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan mata. Hahah. Gurau je. Okay. Asrama. ASRAMA. Siapa sini tinggal asrama? Komen Wawaa comel :3 Okay. Ini hanya satu gurauan. Tapi nak komen pun tak apa. Wakakak. Berbalik pada tajuk asal. Bila dengar fasal asrama ni, konpem macam mimpi ngeri. Katil dua tingkat, seniors yang suka membuli, tapak asrama berhantu, dan macam macam lagi. Tapi bagi wawa, benda macam ni langsung tak wujud di asrama. Tapi sesetengah tu wujudlah. hahah.
Eh. Kenapa wawaa cakap macam tu? Wawa duduk asrama ke? Lewlz. Saya pelajar asrama okay. Pembetulan. Not now. 3 Feb nanti baru rasmi. Wawaa akan masuk MRSM Batu Pahat. Wuu. Fuhfuh. Tapi wawaa dah rasa kehidupan di asrama. Dan wawaa adalah bekas pelajar di asrama Tun Mamat. Asrama harian je. Asrama ni hanya untuk girls sahaja. Ini yang syok okay. Bebas sikit. Tak banyak. Sikit je u.u Masa first time masuk ni, barang tak prepare langsung k. Masa daftar sekolah, cakap dengan cikgu nak ' tumpang asrama '. Wawaa cuma menumpang sebab tengah tunggu keputusan SBP and MRSM. Dah daftar asrama, ingatkan esoknya baru masuk. Sempatlah nak prepare apa-apa. Sekali dia suruh tinggalkan anak-anak sebelum pukul.. pukul.. dalam pukul 5.30 ptg macam tu lah.
Time tu memang terkejut habis. Barang tak ada. Apa pun tak ada. Balik dari daftar cepat-cepat pergi makan then cari barang. Cemas jangan cakap. Hahah. Then balik rumah kejap, packing baju apa semua, then balik asrama balik. Kalau masuk asrama, benda first nak tahu mestilah keadaan dorm kan. Okay. Waa dapat katil atas hujung sekali. Dekat dengan tingkap yang hadap hutan. Sadis you know. Sobs. Terus pilih locker kemas barang. Locker tu tak muat sebenarnya tapi aku ' muat-muatkan ' hahah.
Then my parents pun balik. Time tu sedih k sedih. Rasa macam nak lari balik rumah. Ala. Rumah bukan jauh pun. Hmm hmm u.u Bila budak form 1 masuk asrama benda pertama yang you all kena hadapi adalah minggu orientasi. Sila baca dengan nada menyeramkan ya. Tapi minggu orientasi ni takdoklah teruk sangat. Teruk-teruk pun tak boleh call family. Hohoh. Sabar jelah. Banyak yang dapat kaurang belajar dari minggu orientasi ni tau. Apa yang kaurang dapat belajar? Masuk asrama dulu. Kalau baca je tak feel weh. hahah.Minggu orientasi wawaa berjalan dengan lancar. Ada game kembara, kena cari tandatangan ajk-ajk asrama, hari kebudayaan, memang semua tip-top habislah! hahah :D
Fasal makanan, jangan risau. Dah tak banyak lorh asrama makan pakai tray. Tahu tak apa itu tray? Ala bekas makanan yang macam dekat penjara and hospital tu. hahah. nightmare bila cakap fasal tray. Alhamdulillah asrama wawaa makan pakai pinggan. Just cedok nasi then tadah je pinggan tu. Nanti makcik dewan makan tu tolong cedokkan lauk. Spesial k. Dekat luar ada ke orang nak cedokkan untuk kau? Hahah.
Then benda paling aku suka dekat asrama adalah, waktu kelas persediaan petang / malam. Atau nama pendeknya PREP. Prep adalah kelas persediaan. Waktu ni kaurang buatlah homework kaurang yang berlambak tu. Kalau tak ada homework, study. Tapi wawaa tak study. Wawaa akan re- 'new ' nota wawaa. Hahah. My kedudukan dalam bilik prep adalah tepi sekali sebelah tingkap dua dari depan. Sejuk kay duduk sebelah tingkap. Lagi-lagi bila malam. Hahah. Jangan risau. Setakat ni tak pernah kena kaco lagi :P
Tapi. Ada kisah paling sadis. First time aku duduk asrama, FIRST TIME, AIR TAK ADA. Fuh. Time tu sabar jelah. Kitorang terpaksa tadah air kalau nak mandi. Sobs. Nak angkat yang tak larat. Huh. Kalau malas nak tadah air, kitorang kena bertapak ke blok B. Bangunan memang sebelah menyebelah terbelah tapi nak ke blog B kitorang kena pusing satu bangunan. Hah kaurang sanggup pagi-pagi nak pergi pusing satu blok? Jawablah sendiri ye.
Sampai sini jelah. Kalau panjang bukan kaurang nak baca. Huh. Kesimpulannya, duduk asrama tak adalah teruk mana. Asalkan kaurang pandai bawa diri. Normallah kalau rindu family apa semua tu kan. hmm. Bagi wawaa, benda paling sedih kena tinggal berjauhan dengan family and kawan. Huhu. Sedih. sedih. sedih. Tapi tak apa. Demi hendak mencapai masa depan yang gemilang dan terbilang, * ayat tak boleh blah * wawaa akan menguatkan semangat untuk tinggal di asrama. Aja-aja hwaiting! Bye, Assalamualaikum.
p/s : dorm dekat MRSM Batu Pahat hanya memuatkan 4 manusia di dalamnya dan ada meja belajar! Wuu~ Hahah XD
0 comments:
Post a Comment
Sila nyatakan pendapat anda. Komen anda amat dihargai :)